s4ramŽKMŹ

s4ramŽKMŹ

4 Âdmins Misteri

Subscribe, Like & Follow Our Page Social Media 👻 Facebook Page s4ramZKMZ: https://www.facebook.com/s4ramZKMZ/ Jika Anda Pernah Alami Pengalaman Misteri, Seram & Mistik, Sila Krim Cerita Anda Di Facebook Page Messenger 4 Admins Misteri @s4ramZKMZ. (If You Have Experience or Heard Any Horror, Thrill & Supernatural Stories, Kindly Direct Message Us At Facebook Messenger) Youtube Page Mrs Pontianak (Some Vids With English Subtitles For Non Malay Viewers): https://www.youtube.com/channel/UCkPkqKM_JDazMKW-XGiFtWA

Categories: TV & Film

Listen to the last episode:

Kisah berikut adalah pengalaman misteri yang dialami oleh saudara Azeem dari Pulau Pinang. Terima Kasih, Azeem. Anda juga boleh saksikan video version di Youtube https://youtu.be/G04ERH-Tkh4 Saya Azeem dari Pulau Pinang. Semasa di sekolah lagi memang teringin nak belajar ilmu ilmu ghaib dan batin. Pada tahun 2017 saya pernah ikut jemaah “Perguruan Laksamana Sunan” gurunya berasal dari perak. Nama samaran dia Raden Ahmad. Guru tu ada buat sesi buka hijab dekat gunung jerai. Ada lagi keilmuan yg lain yang saya dapat . Ada khas Perubatan dan bertempur . Kira kalau saya pilih perubatan saya kena tetap dengar perubatan. Tak boleh ubah. Sebelum nak berjumpa tu dia ada syarat iaitu kena puasa mutih iaitu puasa hanya makan nasi putih tak boleh campur dgn makanan yg berdarah dan bernyawa. Selama 3 hari dan 3 malam. Selepas solat fardhu kena amalankan zikir zikir tertentu. Malam tu kami jumpa dekat bawah Gunung Jerai seramai 10 orang. Semua dah berumur 30, 40 tahun kecuali saya yg paling muda 21. Kita nak menuntut ilmu tak kira usia betul tak? Yang buka hijab 10 orang bersamaan 3 orang guru . Semuanya 13 orang. Bila dah sampai atas dekat batu kapal atas dari telaga Tok Sheikh . Guru bagitau baca surah surah. Selepas tu dia datang calit minyak kasturi hitam dekat kari kelingking kanan & kiri . Di suruhnya sapu dekat kening, bawah hidung & cuping telingga . Tiga panca indera kita terbuka . Lepas tu kami kena duduk sorang-sorang . Saya hamparkan sejadah duduk & berzikir. Ketika berzikir, saya buka mata dan perasan sekeliling persekitaran bercahaya . Lepas tu tutup mata balik . Saya buka mata sebab rasa takut juga la kalau buka mata tiba tiba ada sesuatu depan mata boleh pengsan . Lepas tu saya batuk banyak kali . Nak tahu sebab apa saya batuk ? Sebab tercium bau baju benda tu , kain dia berdebu , badan dia besar nak kata besar mcm 1 1/2 . Dia ada dekat betul betul belakang saya . Nasib baik muka tak nampak . Saya duduk sampai habis sesi. Selepas tu kami kumpul ramai ramai tiap tiap orang guru akan tanya ok ke ? Apa nampak ? Ada org kata nampak nenek kebayan jalan atas air . 10 org ahli 1 org yg surrender nampak harimau. Yang lain semua steady je . Selesai tu kami mandi dekat telaga tok syeikh ambil ijazah keilmuan dari guru . Subuh baru turun bawah . Sebenarnya benda mcm ni kita jangan takut bila kita takut dia berani . Dia masuk alam kita dia tak da kuasa . Sebab tu bila kita nampak kita kelip mata sikit saja mesti dia ghaib . Dia pun takut dgn manusia .. TERIMA KASIH AZEEM PULAU PINANG 🇲🇾

Previous episodes

  • 170 - s4ramŽKMŹ series 06 ~ HIJAB 
    Thu, 29 Aug 2019
  • 169 - s4ramŽKMŹ series 05 ~ MAK DAN ANAK TANPA DEGUPAN JANTUNG  
    Mon, 29 Jul 2019
  • 168 - Sembang Seram Artikel #01 ~ LADANG MAYAT  
    Sun, 28 Jul 2019
  • 167 - s4ramŽKMŹ series 04 ~ TIGA POCONG DI LUAR RUMAH 
    Fri, 26 Jul 2019
  • 166 - s4ramŽKMŹ series 03 ~ OVERTIME DI HOSPITAL SWASTA 
    Thu, 25 Jul 2019
Show more episodes

More Singaporean tv & film podcasts

More international tv & film podcasts

Choose the genre of podcast